Pada minggu ke-3, kuliah subjek MPT 1483 bertajuk 'Digital Fotography' atau Fotografi Digital. Dibawah tajuk ini, Dr. J menerangkan sub-sub tajuk iaitu kamera digital & kawalannya, ISO, White Balance, Lensa, peralatan dan aksessori fotografi.
KAMERA DIGITAL & KAWALANNYA
Dalam tajuk ini, Dr. J ada menerangkan bahawa DSLR adalah ringkasan kepada ‘Digital Single-Lens Reflex’. Sistem kamera ini sebenarnya telah wujud sejak zaman kamera analog lagi. Pada ketika itu, ianya dikenali dengan nama kamera SLR. Seperti namanya, kamera DSLR adalah kamera yang berfungsi dengan menggunakan lensa tunggal. Lensa tunggal ini digunakan untuk melihat dan merakam gambar. Sistem ini berbeza dengan sistem kamera TLR (Twin lens reflex) contohnya, dimana sistem kamera TLR menggunakan 2 lensa. Satu lensa hanya untuk merakam gambar manakala satu lagi lensa lain digunakan hanya untuk melihat.
jika terdapat bunyi pada camera itu bermakna subject focused.
jika terdapat bunyi pada camera itu bermakna subject focused.
Keratan rentas sebuah kamera DSLR
Pada kamera DSLR, reflex mirror (cermin pantulan) dan pentaprism (prisma dengan 5 permukaan) digunakan di dalam kamera untuk membalikkan imej yang dihasilkan melalui lensa agar dapat dilihat pada viewfinder. Apabila gambar dirakam, reflex mirror dinaikkan ke atas lalu membenarkan cahaya bergerak terus menuju ke sensor.
Bahagian penting dalam kamera DSLR
Cara dan langkah-langkah kamera DSLR berfungsi:
1) Ketika kita melihat melalui viewfinder, aperture pada lensa dibuka dengan keluasan maksima walaupun pada ketika itu kita melaraskan aperture pada bukaan kecil. Aperture besar digunakan ketika kita sedang melihat melalui viewfinder bagi membolehkan imej yang dilihat adalah lebih cerah. Imej yang masuk melalui lensa seterusnya dipantulkan oleh reflex mirror menuju ke pentaprism. Pentaprism seterusnya membalikkan lagi imej beberapa kali sehinggalah akhirnya imej dapat dilihat pada viewfinder. Pada ketika ini, sensor kamera tidak menerima cahaya atau imej kerana shutter masih ditutup
2) Apabila punat ditekan untuk merakam gambar, aperture akan dilaraskan kepada saiz bukaan yang telah kita tetapkan sebelum ini. Dalam masa yang sama, reflex mirror akan dinaikkan ke atas bagi membolehkan cahaya masuk terus menuju ke bahagian belakang kamera sebelum cahaya didedahkan kepada sensor. Setelah reflex mirror ini dinaikkan, kita tidak lagi dapat melihat apa-apa imej melalui viewfinder
3) Shutter dibuka lalu cahaya akan didedahkan kepada sensor bagi merakam gambar
4) Setelah shutter dibuka dalam tempoh masa tertentu yang telah ditetapkan, ia akan ditutup kembali. Setelah itu, reflex mirror akan diturunkan semula, aperture akan dibuka semula ke saiz bukaan maksima dan kita akan dapat melihat semula imej melalui viewfinder.

Kelebihan kamera DSLR berbanding kamera compact adalah:
1) Lensa boleh ditukar ganti. Sistem kamera DSLR selalunya menyediakan puluhan jenis lensa berbeza untuk digunakan bagi berbagai tujuan dan kegunaan.
2) Sensor bersaiz lebih besar. Sensor lebih besar bermakna kualiti imej yang dihasilkan adalah lebih baik dari segi resolusi gambar.
3) Kendalian lebih cepat. Kamera DSLR membolehkan kawalan yang lebih cepat dilakukan untuk auto focus, manual aperture, manual shutter dan sebagainya
Kelemahan kamera DSLR berbanding kamera compact adalah:
1) Kamera DSLR dan lensanya bersaiz besar. Faktor ini menyukarkan rakaman foto secara kandid di kalangan subjek yang tidak dikenali.
2) Harga kamera dan lensa untuk kamera DSLR adalah lebih mahal
3) Kamera DSLR adalah lebih berat berbanding kamera compact. Penggunaan dalam tempoh masa yang lama menggunakan banyak tenaga.

Mode Dial & paparan Skrin pada kamera DSLR (NIKON D5100)
Gambar di atas adalah contoh daripada Kamera DSLR Nikon, walaupun layout informasi untuk setiap jenama DSLR berbeza namun format-format bacaan tidak akan lari dari apa yang dipaparkan pada gambar diatas. Gambar disebelah kanan adalah mod dial camera. Dr. J menyatakan bahawa terdapat 4 mod yang patut diketahui kegunaannya iaitu M (Manual), A/Av (Aperture Priority), S/Tv (Shutter Priority), dan juga P ( Programmed Mode). Tapi, bagaimana pula pada mod-mod yang lain? Mod lain tak berfungsi sangat ke? Jawapannya... kerana mod-mod tersebut telah dipreset/ diaturkan secara automatik untuk setiap scene mengikut kategori dari segi nilai aperture, shutter speed dan juga ISO. Untuk lebih mudah, mod-mod tersebut dicipta bagi memudahkan photographer untuk set mod yang diingini bagi setiap situasi tanpa perlu bersusah payah untuk set secara manual. Mengapa perlu adanya mod manual jika ada mod-mod ini untuk memudahkan kerja? Kerana ada situasi tertentu dimana gambar-gambar tertentu tidak dapat diambil /dirakam mengunakan mod-mod tersebut.
1. PROGRAMMED MODE (P)
Ia dikenali sebagai mod 'programmed' atau mod Semi-Auto kerana hampir keseluruhan Nilai-nilai pada kamera anda telah disetkan secara automatik oleh CPU kamera. Namun didalam mod ini anda masih lagi boleh menukarkan nilai ISO dan juga menukar White Balance untuk memudahkan atau memberi kepelbagaian dalam mengambil gambar yang diingini. Mod ini selalu digunakan untuk mengambil/merakam gambar-gambar kasual dan santai dimana anda tidak perlu risau tentang aperture dan juga shutter speed anda. Menurut Dr. J lagi dengann mod ini, flash kamera anda tidak akan aktif, anda perlu menekan secara manual pada butang flash yang terdapat pada kamera anda untuk mengaktifkannya

Secara keseluruhan, mod ini anda tidak perlu risau untuk menetapkan nilai-nilai aperture atau shutter speed anda kerana kamera anda telah menetapkan kesemuanya untuk anda. Ia hampir sama dengan mod full Auto namun ini adalah langkah pertama anda untuk keluar dari mod full Auto bagi memudahkan kefahaman anda dalam mengunakan mod DSLR anda. |
2. SHUTTER PRIORITY (S)
Dikenali sebagai mod Shutter Priority/Keutamaan Kelajuan Rana, ia adalah mod dimana anda mengawal nilai Shutter Speed kamera anda. Secara mudah ia adalah mod dimana anda mengawal kelajuan Shutter kamera anda mengikut kehendak anda, mengikut situasi kedaaan sekeliling. Mod ini sesuai digunakan jika anda ingin merakamkan gambar yang sedang bergerak laju atau sentiasa bergerak(constant movement) untuk mendapatkan imej kaku. ataupun ingin merakamkan motion blur pada waktu malam. Didalam mod ini, nilai aperture anda telah disetkan oleh CPU kamera anda mengikut kesesuaian keadaan. Nilai lain seperti ISO dan White Balance, anda mempunyai kebebasan untuk menetapkan nilainya.
Secara keseluruhan mod ini digunakan pada situasi anda ingin menangkap imej yang sentiasa bergerak(constant movement) sama ada anda inginkan gambar kaku (Freeze Motion) ataupun efek pergerakan blur (Motion Blur). Anda tidak perlu khuatiri perihal nilai aperture anda kerana kamera anda telah menetapkan mengikut keadaan.

3. APERTURE PRIORITY (A)
Dikenali sebagai mod Aperture priority/Keutamaan Aperture. Apa itu aperture? Seperti yang saya telah terangkan pada refleksi lepas, Aperture adalah pembukaan ruang pada lens kamera anda. Didalam mod ini anda telah diberi kebebasan untuk menetapkan nilai aperture kamera anda. Kebiasannya didalam mod ini digunakan untuk mengawal atau menguasai Depth of Field. Apa itu Depth of Field(DoF)? Secara ringkas, Depth of Field ialah jumlah objek yang masuk di dalam fokus kamera anda. Untuk memudahkan kefahaman anda, dibawah saya telah sediakan dua gambar berbeza.

Kedua-dua gambar diatas telah diambil mengunakan nilai aperture yang berbeza. Nilai aperture yang maximum (nilai sedikit) f5 telah mengakibatkan "shallow Depth of Field", ruang fokus menjadi kecil. Gambar mengunakan f5 diatas kelihatan fokus pada objek sahaja, manakala latarbelakang telah menjadi amat kabur. Efek ini dikenali juga sebagai "bokeh" oleh kebanyakan photographer. bokeh bermaksud blur atau kabur didalam bahasa Jepun dan telah diguna pakai sebagai terma popular dikalangan photographer.
Secara ringkasnya Aperture priority mod ini digunakan untuk menguasai DoF dan anda tidak perlu risau untuk menetapkan nilai Shutter Speed kamera anda kerana ia telah ditetapkan mengikut kesesuaian keadaan.

4. MANUAL MODE / MODE MANUAL (M)
Dikenali sebagai mod Manual, Ini adalah mod dimana kesemua nilai-nilai didalam kamera anda disetkan secara manual dari aperture, shutter speed hingga ke nilai ISO. Anda diberi kebebasan untuk mengawal sepenuhnya kamera anda untuk mendapatkan setting yang anda inginkan. Mod ini disarankan untuk memahami bagaimana kamera anda berfungsi dengan menetapkan nilai-nilai itu sendiri. Dengan cara ini anda akan memahami mengapa gambar ini gelap jika setkan Aperture and terlalu rendah seperti f22 atau shutter speed anda terlalu cepat seperti 1/200. Semua nilai ini berkait rapat dan seharusnya disetkan dengan betul untuk mendapatkan gambar yang sempurna.

bagaimana hendak menetapkan nilai Aperture dan Shutter Speed?
Anda sudah mengetahui cara untuk menukarkan dari satu mod ke mod yang lain, dan bagaimana pula cara untuk menetapkan nilai-nilainya? Didalam kuliah, Dr.J menjelaskan bagaimana untuk menetapkan nilai aperture & Shutter speed.

Main Dial | Ini adalah main dial/dial utama yang terdapat pada kamera anda. Di gunakan untuk menetukan nilai aperture, shutter speed kamera anda. Putarkan ke arah kanan untuk menambah nilai dan ke kiri untuk mengurangkan nilai. Secara keseluruhan dial utama ini digunkan untuk pelbagai kegunaan dan kemungkinan ia berbeza bagi setiap jenama DSLR berlainan. |
Satu perkara yang anda harus ingati ialah apabila anda mengunakan mod manual, dial utama itu akan diguna untuk mengubah nilai shutter speed anda, dan jika anda hendak menukar nilai aperture anda harus menekan butang plus/minus (+/-) ev button pada masa yang sama memutarkan dial utama. | Button +/- pada camera DSLR NIKON 5000 |
ISO
Menurut Dr. J, ISO adalah penting untuk menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya. ISO rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama.ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi, bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar banyak noise dan kehilangan details. |
Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah yang memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda perlukan. Sekiranya anda perlukan lebih ketajaman (d0f) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture.
Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah blur kerana kelajuan shutter yang rendah, anda perlu menaikkan sensitivity walaupun akan menyebabkan noise. Ini kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata berbanding gambar yang terlalu blur.
Gambar yang mempunyai noise yang tinggi boleh dikurangkan photoshop plugin seperti noiseninja.
ISO biasa terdiri daripada (mengikut DSLR semi pro, tidak termasuk Canon 1ds mark 111, Nikon D3 atau hasselblad) :
100-200
Waktu tengah hari terik dan cukup kekuatan cahaya seperti di dalam studio. Gambar pada iso ini akan menghasilkan warna, contrast yang paling optimum.
400
Waktu mendung, dibawah litupan. Gambar masih lagi mempunyai warna yang baik dan noise pada jumlah minima
800
Waktu di dalam rumah. Gambar mempunyai warna sedikit pudar dan noise banyak kelihatan.
1600
Waktu malam dan kurang bercahaya. Gambar mempunyai warna tetapi kurang menarik, noise lebih banyak kelihatan dan contrast gambar mula pudar.
3200-6400
Waktu yang gelap dan tidak bercahaya. Gambar sesuai di ambil menggunakan black & white mode.

WHITE BALANCE
White balance (WB) adalah satu proses mengasingkan warna yang tidak realistik. Dalam keadaan ini objek ‘putih’ pada sesuatu subjek akan dibaca atau di ‘render’ sebagai warna putih (betul-betul putih) di dalam gambar. White balance yang sempurna mengambil kira suhu warna atau lebih dikenali dengan ‘color temperature’ dari sesuatu sumber cahaya.
Untuk lebih kefahaman, cuba gunakan dan bereksperimentasi dengan ‘White balance’ setting dalam kamera kita. Setting yang berlainan akan menghasilkan suhu warna yang berbeza-beza. Sama ada gambar kita akan kelihatan lebih ‘warm’(lebih kepada kuning) atau ‘cool’(lebih kepada biru).
Mata kita dijadikan begitu sempurna sekali kerana dapat menilai ‘white balance’ dengan baik sekali. Ini amat berbeza dengan digital kamera yang kadang-kala memberikan ‘white balance’ yang tidak betul dan lebih sukar lagi jika kita menggunakan setting ‘auto white balance’ (AWB).
‘White balance’ yang kurang betul biasanya akan menghasilkan gambar yang lebih kekuningan, kebiruan atau kehijaun yang mana akan menjadikan gambar potret (terutamanya) tidak begitu baik.
Memahami digital ‘white balance’ akan banyak membantu kita meningkatkan pemahaman terhadap sesuatu keadaan cahaya. Gambar di bawah memberikan contoh White balance yang berbeza. Tutorial tambahan [Klik sini]
Sumber cahaya sumber warna, kelvin (K) & tetapan white balance pada camera
Tanpa membuang masa, saya dan rakan-rakan membuat 'outdoor outing' di Hutan Bandar, JB bagi mencari ilham mendapatkan perbezaan White balance tersebut...enjoy.
f/3.5|1/800sec|ISO1000 (NIKON D5000@ 35mm)
LENSA
lens ni merupakan salah 1 aksesori utama dan terpenting untuk pengguna DSLR. Takde lens memang tak boleh nak tangkap gambar la kan. Kalau kita tengok kat pasaran sekarang. Ada bermacam2 jenis lensa ditawarkan dan setiap lensa mempunyai specialty nya masing2. Kalau dari segi harga pula, kita boleh jumpa dipasaran lensa yang harganya serendah RM300 sehinggalah ada yang mencecah Ratusan ribu ringgit. Gila mahalkan. Dah boleh beli kereta sebijik. Tapi hari ni kita taknak bincangkan pasal harga, tapi kita nak tengok apa kegunaan setiap jenis lensa ni...
1. Kit lens
Kit lens (lensa standard) ini adalah lens yang selalunya akan disertakan sewaktu kita membeli DSLR. Selalunya lens ini dalam range (18-55mm) (18-70mm) (18-135mm) dan (18-200mm). Kualitinya tidak lah sehebat mana. Tetapi tak bermakna ianya tidak bagus kerana lens ini sesuai untuk digunakan dalam semua situasi tak kiralah aktiviti indoor ataupun outdoor. Jika korang just gunakan DSLR hanya sekadar suka2 maka kit lens ni dah cukup sempurna untuk korang menangkap gambar. Tak perlu nak beli lens mahal2
Kegunaan : Semua jenis situasi ( wedding, portrait, landscape, permandangan , street, dokumentari )
Range harga: Bermula dari RM800 dan ke atas
Kegunaan : Semua jenis situasi ( wedding, portrait, landscape, permandangan , street, dokumentari )
Range harga: Bermula dari RM800 dan ke atas
2. Ultra wide angle
Ultra wide angle selalunya digunakan untuk menangkap gambar dengan perspektif atau sudut yang lebih luas. Lens ini sangat sesuai untuk menangkap gambar pemandangan, architecture ( bangunan ) dan juga interior. Wide angle ni juga selalu digunakan dalam wedding photography kerana boleh mengkap perspektif yang lebih menarik dan imej yang lebih menonjol.
Kegunaan: Wedding photography, lanscape, architecture, interior, group photo.
Price Range: Bermula dari RM1500 dan ke atas
Kegunaan: Wedding photography, lanscape, architecture, interior, group photo.
Price Range: Bermula dari RM1500 dan ke atas
3. Fish eye lens
Lens ni range dia lebih kurang dengan lens wide angle. Tapi yang membezakan lens ini ialah ianya dapat menghasilkan imej yang melengkung dan perspektif pemandangan belakang yang luas. Lens ini sesuai untuk creative shot kerana imejnya yang sangat unik.
Kegunaan: wedding photography, creative portrait, bangunan, landscape, aksi, kanak-kanak
Price Range: Bermula dari RM2000 dan ke atas
Kegunaan: wedding photography, creative portrait, bangunan, landscape, aksi, kanak-kanak
Price Range: Bermula dari RM2000 dan ke atas
4. Prime lens
Prime lens atau nama timangannya ialah fix lens. Kenapa fix? Kerana lens ini hanya mempunyai range yang tetap. Contohnya macam Canon 28mm f 1.8 . Lens ni tak boleh nak di zoom in atau pon zoom out. Walaupun rangenya fix, tetapi lens ini sangat sesuai digunakan untuk portrait shot. Lens ini juga sesuai digunakan jika korang inginkan efek bokeh ( blur ) yang hebat sebabnya lens ini mempunyai nilai aperture yang tinggi sehingga f 1.2.
Kegunaan: Portrait, Makanan, product.
Price range: Bermula dari RM290 dan keatas
Kegunaan: Portrait, Makanan, product.
Price range: Bermula dari RM290 dan keatas
5. Telephoto lens
Telephoto ni selalunya digunakan untuk menangkap gambar objek yang jauh. Lens telephoto ni selalunya bermula dari range 135 sehingga 1000mm. Lens ni sangatlah besar dan berat kalau nk dibawa berjalan2. Sebab itu sekiranya korang ingin menggunakan lens telephoto ni seelok eloknya digunakan bersama monopod ataupun tripod. Lens ni juga sesuai digunakan untuk menangkap gambar portrait kerana mampu meng-compress background supaya gambar objek lebih menonjol.
Kegunaan: Sukan, Haiwan, wedding, portrait.
Price Range: dari RM2000 dan ke atas
Kegunaan: Sukan, Haiwan, wedding, portrait.
Price Range: dari RM2000 dan ke atas
6. Macro lens
Macro lens ini merupakan lens yang boleh digunakan untuk menangkap gambar dalam jarak dekat ataupun close up. Mesti korang pernah nampakkan gambar2 serangga yang ditangkap pada jarak dekat. Lens ni la yang diorang gunakan. Korang memang tak boleh gunakan lens lain kalau nak tangkap gambar pada jarak dekat sebab lens takkan boleh fokus. Jika korang nak cari lens macro yang bagus, carilah lens yang boleh menghasilkan 1:1 reproduction ratio sebab lens ini mampu memfokus dengan lebih dekat lagi.
Kegunaan: Serangga, tumbuhan
Price Range: Dari Rm1200 dan ke atas (lens yang kualiti macronya bagus)
Kegunaan: Serangga, tumbuhan
Price Range: Dari Rm1200 dan ke atas (lens yang kualiti macronya bagus)
Jadi itulah dia 6 jenis lens yang selalu photographer-photographer amature dan professional guna kat luar sana. Setiap jenis lens ni ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tapi ada beberapa lagi jenis lens lagi contohnya Tilt Shift Lens dan Lens Baby. Jadi sebelum korang nak beli lens Dr. J pesan supaya kita tau nak buat apa dan sesuai dipadankan dengan Body DSLR. Pastikan duit juga disediakan secukupnya =)
PERALATAN & AKSESSORI FOTOGRAFI
Pelbagai aksesori yang dijual untuk DSLR di pasaran sekarang. pastikan aksesori tersebut sesuai digunakan & ikut kemampuan masing-masing. Antara aksesori yang biasa dibeli oleh fotographer-fotographer seperti
2. LENS BABY Satu inovasi unik dalam penciptaan lensa yang meggalakkan anda menjadi lebih kreatif. Selain dari kebolehan mengawal sweet spot, Lens Baby juga mempunyai sistem aksesorinya yang tesendiri yang menjimatkan kos untuk mendapat kesan fisheye, close-up dan sebagainya. Ketahui bagaimana Lens Baby boleh memberikan berbagai kesan unik yang anda kehendaki. |
4. SILICA GEL & DRY BOX Lensa yang tidak dijaga dengan betul akan diserang kulat. Akibatnya, lensa anda akan menghasilkan foto yang kabur. Kesan lain – anda perlu mengeluarkan kos untuk menghilangkan kulat tersebut dan nilai lensa anda akan menjadi susut. Ketahui cara penjagaan lensa dengan menggunakan silica gel dan dry box . |
5.TRIPOD Dengan memiliki tripod yang sesuai, anda akan dapat hasilkan foto yang tidak dapat anda hasilkan sebelum ini, seperti merakam foto slow shutter untuk pemandangan waktu malam atau untuk kesan khas pergerakan awan dan air. Ketahui ciri-ciri penting pada tripod dan bagaimana memilih tripod yang sesuai untuk kegunaan anda. (saranan untuk membeli ball head tripod) |
6. REMOTE RELEASE Remote release berguna untuk melepaskan shutter dengan meminimakan gegaran apabila menggunakan slow shutter. Ianya juga boleh digunakan untuk merakam foto tanpa anda perlu berada hampir dengan kamera anda. Pelajari mengenai peralatan ini dan ketahui samada ianya sesuai untuk kegunaan anda. |
10.WIRELESS FLASH TRIGGER Untuk mempunyai kawalan cahaya yang lebih kreatif, anda perlu menggunakan flash secara off-camera. Wireless flash trigger perlu digunakan untuk tujuan ini. Anda akan diterangkan mengenai jenis-jenis wireless flash trigger serta kebaikan dan kelemahan berbagai jenama yang terdapat di pasaran. |
Sebelum berakhirnya sesi kuliah, Dr. J menyuruh kami 'EXPLORE' laman web CANON [Klin sini] untuk membuat beberapa pemerhatian dan ujian bagi memantapkan lagi kefahaman kami. Chaiyookk!!
http://www.canonoutsideofauto.ca/play/
Kesimpulannya, laman web tersebut sangat menarik minat saya & rakan-rakan yang lain untuk berlatih untuk menangkap gambar dengan betul disamping mengimbangkan ISO, Shutter Speed, & Aperture untuk mendapatkan gambar yang terbaik. Laman web tersebut amat berguna kepada 'New Beginner' yang mahu berjinak-jinak dengan mengambil shoot gambar menggunakan DSLR. Kepada sesiapa yang tidak mempunyai DSLR boleh juga 'Practice' menangkap gambar dengan komputer. Selamat mencuba!!!
Rujukkan:
1. http://www.fototeacher.com/blog/artikel-teknikal/mengenali-kamera-dslr-secara-lebih-mendalam/
2. http://zulfathiaqmar.blogspot.com/2011/06/pdt-213fotografi-memahami-butang-dan.html
3. http://iqfaizal.blogspot.com/2012/02/apa-itu-white-balance.html
4. http://noorizamsabran.com/2009/apa-itu-white-balance/
5. http://ezhan-artwork.blogspot.com/2011/10/photography-jenis-jenis-lens-dslr.html
6. http://www.fototeacher.com/blog/tag/aksesori-kamera/
7. http://sanieburonan.blogspot.com/2011/12/7-aksesoris-penting-untuk-kamera-slr.html
8. http://www.canonoutsideofauto.ca/play/